awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes gaduh berkaitan perlawanan bola sepak

Bernama
Bernama
27/02/2024
03:30 MYT
Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes gaduh berkaitan perlawanan bola sepak
Tiga lelaki berumur 30-an hingga 40-an itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kejadian di Balai Polis Butterworth Ahad lepas. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan yang membabitkan sekumpulan individu selepas perlawanan bola sepak di sini, yang video insiden berkenaan menjadi tular di media sosial sejak semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Siti Noor Salawati Saad berkata tiga lelaki berumur 30-an hingga 40-an itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kejadian di Balai Polis Butterworth Ahad lepas.
Beliau berkata siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan keputusan pengadil serta beberapa provokasi antara penyokong, dan polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu lain yang dipercayai terlibat dengan kejadian.
Katanya seorang daripada suspek didapati mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.
"Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Nursyahirah Sarahani dengan menelefon 04-5762222 sambungan 2275 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Siti Noor Salawati berkata polis juga meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan video kejadian itu dan mensensasikannya sehingga menimbulkan persepsi yang boleh menganggu ketenteraman awam.
Kejadian itu dipercayai berlaku semasa kejohanan bola sepak peringkat liga kawasan Bagan dan pergaduhan berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di situ.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pergaduhan
#video tular
#Butterworth
#perlawanan bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan