NATIONAL
Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai

Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan. -Gambar fail
SEREMBAN: Polis menahan tiga lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di Jalan Nilai Perdana 1, Nilai dekat sini, awal pagi tadi.
Ringkasan AI
- Tiga lelaki tempatan berusia 30-an hingga 40-an ditahan kerana disyaki mencuri kabel di Nilai, selepas maklumat diterima oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sekitar jam 3 pagi.
- Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.
- Ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah dan narkotik, serta didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Mereka kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.
"Ketika serbuan, polis turut merampas segulung kabel berwarna hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta dan beberapa kunci," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua lelaki tersebut mempunyai pelbagai rekod lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik, dan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.
Abdul Malik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek kini direman selama empat hari sehingga 2 Feb.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami