awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat pergaduhan perlawanan bola sepak

Bernama
Bernama
14/01/2024
06:00 MYT
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat pergaduhan perlawanan bola sepak
Datuk Mazli Mazlan berkata tiga suspek ditahan termasuk pegawai dan pemain pasukan bola sepak yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan perlawanan bola sepak antara kelab NAG FC dengan KESA FC di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus Jumaat lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata tiga suspek ditahan termasuk pegawai dan pemain pasukan bola sepak yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.
"Tiga suspek berkenaan ditahan semalam untuk membantu siasatan insiden pergaduhan sehingga menyebabkan seorang individu cedera teruk.
"Beberapa tangkapan lain akan menyusul selepas ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya pada sidang media Program Serah Terima Harta Lucut Hak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.
Jumaat lalu tular di laman sosial video berdurasi dua minit 42 saat yang memaparkan insiden pergaduhan dan rusuhan antara NAG FC dengan KESA FC.
Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati pasukan bertanding terhadap mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#pergaduhan
#terengganu
#polis tahan suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan