awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura

Bernama
Bernama
06/02/2026
13:15 MYT
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Muhammad berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM287,395 dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar fail/Bernama
KANGAR: Polis menahan tiga lelaki dalam lingkungan 40-an kerana memiliki pelbagai spesies kura-kura tanpa kebenaran dipercayai untuk dijual dalam pasaran gelap menerusi serbuan berasingan pada Rabu lepas.

Ringkasan AI
  • Polis menahan tiga lelaki berusia 40-an kerana memiliki pelbagai spesies kura-kura tanpa izin untuk dijual dalam pasaran gelap melalui serbuan berasingan.
  • Serbuan yang melibatkan beberapa agensi termasuk Biro Jenayah Hidupan Liar (WCB) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya merampas 45 kura-kura hidup serta dadah syabu dan ganja.
  • Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan mencapai RM287,395 dengan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata tiga lelaki itu masing-masing ditahan di kawasan Taman Perlis di sini, Jalan Kaki Bukit dan kawasan hutan kebun di Padang Besar menerusi operasi bersepadu pada 12.30 tengah hari.
Beliau berkata operasi melibatkan Biro Jenayah Hidupan Liar (WCB)/Perisikan Siasatan Khas (PSK) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
"Serbuan berjaya merampas 45 kura-kura hidup pelbagai spesies yang memerlukan lesen atau permit sah mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dengan tiga lelaki tersebut gagal berbuat demikian.
"Barangan lain turut dirampas ialah dadah jenis syabu dan ganja seberat 60 gram serta lima sarang burung tempua yang juga kawalan di bawah akta Jabatan PERHILITAN, telur dipercayai telur kura-kura dan siung serta peralatan dipercayai berkaitan dengan aktiviti haram ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Muhammad berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM287,395 dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#ganja
#permit sah
#sarang burung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan