KANGAR: Polis menahan tiga lelaki termasuk warga Indonesia selepas dipercayai memukau seorang suri rumah sebelum melarikan barang kemas RM19,000 dalam kejadian di Pasar Besar Perlis di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun sedang membeli barang sebelum didatangi dua suspek termasuk warga Indonesia yang menawarkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
"Salah seorang dari suspek meminta mangsa untuk mengikut mereka ke kawasan sunyi berdekatan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.
“Ketika itu mangsa dipukau dan terus menyerahkan dua utas gelang emas dan cincin serta sepasang subang emas bernilai RM19,000.
"Selepas itu suspek menukarkannya dengan sampul surat berisi beberapa duit syiling dan kepingan pelapik skru kepada mangsa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Yusharifuddin berkata, polis berjaya mengesan suspek dengan bantuan orang awam yang ternampak suspek menaiki kenderaan jenis Proton Saga FLX selepas melarikan barang kemas mangsa.
Katanya, orang awam yang menyedari insiden itu segera mengejar suspek hingga ke Taman Intan dan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau berjaya menahan semua suspek.
“Polis berjaya menemui semula barang kemas yang disimpan dalam sampul surat coklat, manakala semakan mendapati kereta digunakan disewa di Johor.
“Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur pukau dalam kejadian itu, memandangkan mangsa dengan mudah menyerahkan semua barang kemas dipakainya kepada individu tidak dikenali,” ujarnya lagi.
Semua suspek berusia antara 52 hingga 65 tahun dan berasal dari Tampoi, Port Dickson dan Tanjung Pinang, Indonesia ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jun 03 2023

Semua suspek berusia antara 52 hingga 65 tahun dan berasal dari Tampoi, Port Dickson dan Tanjung Pinang, Indonesia ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Mac 2025]
Fokus AWANI pagi 3 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. Siasatan bekas PM: SPRM sita wang tunai RM170 juta, jongkong emas RM7 juta
2. SPRM nafi pilih bulu kes wartawan terima rasuah RM20,000
3. KPDN laksana Ops Pantau sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
1. Siasatan bekas PM: SPRM sita wang tunai RM170 juta, jongkong emas RM7 juta
2. SPRM nafi pilih bulu kes wartawan terima rasuah RM20,000
3. KPDN laksana Ops Pantau sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 3 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Ringgit dijangka kekal RM4.45-RM4.47, data ekonomi AS jadi fokus
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.45-RM4.47 berbanding dolar AS, dipengaruhi oleh dasar tarif AS dan data ekonomi utama seperti NFP dan indeks ISM. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menjelaskan kesannya terhadap pasaran dan dasar monetari.
Dividen KWSP & Jurang Pendapatan: Realiti gaji dan simpanan di Malaysia
Adakah dividen KWSP yang tinggi benar-benar mencerminkan peningkatan kesejahteraan kewangan pencarum? Walaupun kadar dividen meningkat, ramai masih berdepan simpanan persaraan yang tidak mencukupi. Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, mengupas isu jurang pendapatan, strategi pelaburan KWSP, dan cabaran ekonomi rakyat Malaysia.
Bagaimana KWSP memastikan pulangan mampan dalam jangka panjang? Adakah model simpanan persaraan ini masih relevan di tengah perubahan ekonomi? Ketahui jawapannya dalam perbincangan ini.
Bagaimana KWSP memastikan pulangan mampan dalam jangka panjang? Adakah model simpanan persaraan ini masih relevan di tengah perubahan ekonomi? Ketahui jawapannya dalam perbincangan ini.

22 motosikal musnah dalam kebakaran awal pagi
Bengkel motosikal termasuk empat buah kedai setingkat jenis kelas B di Kampung Tekah Baru yang terbakar sekitar jam 5.11 pagi tadi.

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Wanita kerugian RM6,000 dipukau di klinik kesihatan
Polis meminta kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkenaan suspek, untuk tampil memberi maklumat.

Suspek pukau di Perlis dikehendaki polis negeri lain
Polis telah melengkapkan kertas siasatan ke atas tiga lelaki yang ditahan sejak 3 Jun lalu kerana disyaki menipu seorang suri rumah membabitkan barang kemas bernilai RM19,000 dengan cara memukau.

Polis tahan tiga lelaki pukau mangsa larikan barang kemas bernilai RM19,000
Polis berjaya mengesan suspek dengan bantuan orang awam yang ternampak suspek menaiki kenderaan jenis Proton Saga FLX.

Lelaki warga asing 'pukau' wanita curi wang, makanan kucing
Mangsa hanya menyedari kejadian itu berlaku selepas suspek beredar dari premis bersama makanan kucing berkenaan.

Keluarga di Bandar Tasik Puteri cemas, barang lesap selepas terkena 'pukau tahi'
Sebuah keluarga di taman perumahan Bandar Tasik Puteri Rawang kerugian ribuan ringgit selepas kediaman mereka dipecah masuk pada awal pagi Jumaat.

Bau tengik bawah rumah mangsa 'orang minyak'
Sekumpulan penduduk yang berkawal di sekitar rumah mangsa serangan didakwa orang minyak di Kampung Pengkalan Demit, semalam, terhidu bau tengik hingga mereka terbatuk-batuk.

Gara-gara terpukau batu permata 'berkhasiat', pesara dakwa lesap RM25,000
Akibat mudah percaya orang lain, seorang pesara guru kerugian wang simpanan sebanyak RM25,000 di Pekan, pada Selasa.

Akauntan rugi RM500,000 ditipu sindiket 'Macau scam'
Mangsa Lim Lye Bee, 53, berkata beliau menerima mesej menerusi telefon bimbitnya daripada pihak yang mengaku sebagai pegawai bank mengatakan kad kreditnya digunakan di sebuah kedai barang kemas.