awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki, rampas 145 ketulan ganja

Bernama
Bernama
07/06/2022
04:51 MYT
Polis tahan tiga lelaki, rampas 145 ketulan ganja
Ahmad Jefferi (tengah) berkata kesemua mereka yang merupakan penganggur direman seminggu bermula Rabu lepas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Facebook/Polis Selangor
SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki dan merampas 145 ketulan mampat dadah jenis ganja di kawasan letak kereta sebuah pasar raya di Bangsar, Kuala Lumpur, 31 Mei lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Ahmad Jefferi Abdullah berkata kesemua yang berusia 23 hingga 49 tahun berkenaan ditahan sekitar 2 petang selepas mereka selesai mengalihkan dadah dipercayai dari negara jiran itu ke dalam kereta jenis Proton Preve.
"Ganja itu dianggar seberat 142.1 kilogram bernilai RM355,250 dan berdasarkan balutan warna emas yang digunakan, ganja tersebut dipercayai daripada gred paling tinggi yang akan diedar ke sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu yang mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah dipercayai melakukan aktiviti pengedaran tersebut sejak empat bulan lepas.
Menurutnya polis turut merampas tiga kenderaan bernilai RM138,000 daripada mereka manakala hasil saringan awal air kencing mendapati dua daripada mereka positif terhadap dadah.
Ahmad Jefferi berkata kesemua mereka yang merupakan penganggur direman seminggu bermula Rabu lepas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Sama ada mereka adalah dalang atau tidak, siasatan masih lagi dijalankan dan kita percaya ada lagi dalang lain di sebalik sindiket ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ganja
#Dadah
#polis
#suspek
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan