awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
MALAYSIA
SMART jadi mentor SAR Rusia, satu penghormatan kepada negara - NADMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Polis tahan tiga pelatih PUSPEN Jelebu larikan diri, dua masih diburu

Bernama
Bernama
19/06/2025
09:17 MYT
Polis tahan tiga pelatih PUSPEN Jelebu larikan diri, dua masih diburu
Polis telah menahan tiga daripada enam pelatih PUSPEN Jelebu yang melarikan diri, menjadikan jumlah tangkapan setakat ini empat orang. -Gambar fail
SEREMBAN: Polis menahan tiga lagi pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu, dekat sini yang melarikan diri dari pusat terbabit pada Selasa lepas.

Ringkasan AI
  • Polis telah menahan tiga daripada enam pelatih PUSPEN Jelebu yang melarikan diri, menjadikan jumlah tangkapan setakat ini empat orang.
  • Dua pelatih yang masih bebas dikenali sebagai V. Manimaran dan K. Mohanarajh, dan usaha memburu mereka masih diteruskan dengan bantuan unit anjing pengesan dan AADK.
  • Kes ini disiasat di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan, berkaitan pelarian dari tahanan dan kecuaian penjaga tahanan.

Ketua Polis Daerah Jelebu Supt Azizan Said berkata dua lelaki berumur 36 dan 42 tahun itu ditahan di Jalan Kongkoi, Jelebu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
"Setakat hari ini, empat pelatih yang telah melarikan diri itu berjaya ditangkap dan polis masih memburu dua lagi yang masih bebas, iaitu V. Manimaran, 38, beralamat terakhir di Taman Seri Bernam, Selangor dan K. Mohanarajh, 25, (Taman Bertuah, Perak)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis menerima laporan berkaitan enam pelatih pusat berkenaan melarikan diri kira-kira 1 pagi sebelum melancarkan operasi mengesan dan menangkap mereka dengan bantuan anjing pengesan polis dan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Jelebu.
Semalam, polis berjaya menahan semula seorang pelatih lelaki berumur 35 tahun dalam masa kurang 24 jam selepas melarikan diri, di kawasan berhampiran kilang Rotan Titi Cane, Kongkoi, Jelebu berjarak lima kilometer dari pusat berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Puspen Jelebu
#pelatih larikan diri
#V Manimaran
#K Mohanarajh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami