awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga warga China terlibat kes seluk saku di KLIA T1

Bernama
Bernama
29/10/2024
21:30 MYT
Polis tahan tiga warga China terlibat kes seluk saku di KLIA T1
Tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA dengan bantuan anggota keselamatan penerbangan (AVSEC) di ruang legar Balai Ketibaan Antarabangsa.
PUTRAJAYA: Tiga lelaki warga China disyaki terlibat dalam kes seluk saku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1 ), ditahan pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Azman Shari'at berkata, tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dengan bantuan anggota keselamatan penerbangan (AVSEC) di ruang legar Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA T1.
"Ketiga-tiga suspek telah direman empat hari sejak 26 Okt lepas," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga Jepun pada 22 Okt lepas, mendakwa menjadi mangsa kejadian itu selepas menyedari zip beg sandangnya terbuka dan mendapati dompet dalam beg berkenaan hilang.
Azman berkata, pengadu menyedari kejadian itu ketika ingin membuat pembayaran di sebuah restoran di Petaling Jaya, Selangor pada 21 Okt lepas.
"Pengadu juga telah menerima pemberitahuan melalui telefon bimbitnya bahawa terdapat tiga transaksi (menggunakan kad banknya) telah dibuat di suatu lokasi yang beliau tidak pasti.
"Pengadu bertindak menyekat semua kad bank miliknya apabila mendapati penggunaan kad banknya mencecah RM7,622," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan akan dirujuk ke Mahkamah Majistret Sepang untuk pertuduhan hari ini.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes seluk saku
#KLIA
#warga china
#dompet hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan