MALAYSIA
Polis tahan tujuh individu guna wang palsu di Langkawi

Polis menerima empat laporan berhubung penggunaan wang RM100 palsu dalam pembayaran di sekitar kawasan Chenang, Padang Matsirat dan Kuah. - Bernama
ALOR SETAR: Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan menggunakan wang palsu di beberapa premis jualan di sekitar Langkawi pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata setakat ini pihaknya menerima empat laporan berhubung penggunaan wang RM100 palsu dalam pembayaran di sekitar kawasan Chenang, Padang Matsirat dan Kuah.
"Ekoran daripada laporan yang diterima serta maklumat orang awam, polis telah menahan lima lelaki serta dua wanita tempatan berumur antara 24 hingga 36 tahun di dua lokasi berasingan bermula 8.30 malam Sabtu.
"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan ada antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan jenayah. Kesemua mereka direman selama tiga hari sehingga Selasa ini," katanya dalam kenyataan malam Ahad.Shariman berkata kes disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami