awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya

Bernama
Bernama
29/11/2024
13:41 MYT
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kesemua kanak-kanak itu telah dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk tujuan dokumentasi. - Gambar FB IPD Timur Laut
GEORGE TOWN: Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kesemua kanak-kanak itu telah dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk tujuan dokumentasi sebelum diserahkan kepada waris dan penjaga masing-masing.
"Berdasarkan aduan orang awam mengenai sekumpulan kanak-kanak dikatakan bermain basikal lajak di kawasan itu hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain, Pasukan Petugas Balai Polis Sungai Nibong telah melakukan rondaan dan tinjauan di sekitar lokasi tersebut pada petang semalam," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, polis menasihati ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan, tingkah-laku dan aktiviti anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang membahayakan diri sendiri serta orang lain.
Sejak semalam tular rakaman video memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain basikal lajak di jalan raya di kawasan berkenaan ketika cuaca hujan yang bukan sahaja membahayakan mereka malah pengguna jalan raya lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#basikal lajak
#rakaman video
#pengguna jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan