Polis tahan tujuh lelaki, 100 bungkus air ketum dirampas

Polis menahan tujuh lelaki kerana disyaki memiliki air ketum di Kampung Sarang Tiong, Tanjung Gemok, Rompin, semalam. - Gambar ihsan IPD Rompin
KUANTAN: Polis menahan tujuh lelaki kerana disyaki memiliki air ketum di Kampung Sarang Tiong, Tanjung Gemok, Rompin, semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kesemua suspek yang bekerja sendiri dan berusia lingkungan 23 hingga 53 tahun itu ditahan sepasukan polis pada 2 petang.
"Semasa serbuan berkenaan mereka didapati sedang memproses dan minum air ketum," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sharif Shai berkata, hasil serbuan itu polis turut merampas 100 bungkus air ketum yang disyaki untuk dijual bagi pasaran tempatan.
Empat daripada tujuh suspek berkenaan mempunyai rekod lampau dan kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


