awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tukang ambil, rampas cecair ganja bernilai RM586,500

Bernama
Bernama
09/12/2025
09:45 MYT
Polis tahan tukang ambil, rampas cecair ganja bernilai RM586,500
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi (kiri) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di sini hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 690 katrij berisi cecair disyaki ganja bernilai RM586,500 di pusat perkhidmatan kurier di Jalan Kong Ping, Padawan, Jumaat lepas.

Ringkasan AI
  • Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 690 katrij ganja bernilai RM586,500 di pusat perkhidmatan kurier di Padawan, Jumaat lalu.
  • Suspek berusia 20 tahun disyaki terlibat dalam aktiviti haram sejak September, menerima bayaran RM200 untuk mengambil bungkusan dan RM20 bagi setiap katrij dihantar.
  • Pihak polis menyiasat kes ini serta mencari ketua dan rangkaian sindiket yang terlibat dalam operasi ganja tersebut.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata suspek berusia 20 tahun dipercayai bertindak sebagai tukang ambil bungkusan ditahan pada 9 pagi di parkir pusat kurier itu.
"Pemeriksaan ke atas kotak dibawa suspek menemukan 690 katrij dengan ganja itu boleh digunakan sehingga 3,450 kali.
"Polis turut menyita wang tunai RM470 dan motosikal Yamaha bernilai RM8,000 milik suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di sini hari ini.
Mohd Irwan Hafiz berkata siasatan awal mendapati suspek terlibat sejak September dan telah dua kali mengambil bungkusan untuk sindiket di pusat itu.
"Suspek menerima upah RM200 untuk mengambil bungkusan dan RM20 bagi setiap katrij dihantar kepada pelanggan di sekitar Kuching dan Padawan," katanya.
Mohd Irwan Hafiz berkata suspek direman sehingga 13 Dis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata siasatan juga dilakukan untuk mengesan ketua dan rangkaian sindiket operasi itu.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#ampas cecair ganja
#Polis Daerah Padawan
#katrij berisi cecair
#ganja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan