NATIONAL
Polis tahan wanita disyaki buang bayi di perhentian bas

Lokasi bayi lelaki yang ditinggalkan di perhentian bas Jalan Perak, Pulau Tikus, George Town. -Sinar Harian
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di perhentian bas Jalan Perak, Pulau Tikus di sini pagi tadi.
Ringkasan AI
- Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun selepas penemuan seorang bayi lelaki di perhentian bas Jalan Perak, Pulau Tikus. Bayi tersebut ditemukan dalam beg kertas oleh orang awam.
- Siasatan mendapati bayi itu baru dilahirkan dan ditinggalkan oleh suspek pada pagi yang sama. Suspek, dipercayai ibu bayi tersebut, ditahan di sebuah hospital swasta di George Town.
- Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan, dan polis berterima kasih kepada orang awam yang membantu dalam siasatan.
"Hasil tindakan pantas, pihak polis telah menahan suspek warga tempatan disyaki ibu kepada bayi tersebut pada 2.20 petang di sebuah hospital swasta di George Town dan dengan tertangkapnya suspek, maka kes ini telah berjaya diselesaikan.
"Polis ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan memberi kerjasama serta bantuan kepada pihak polis dalam siasatan kes ini," katanya dalam kenyataan.
Abdul Rozak berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami