IPOH: Polis menahan seorang pekerja wanita warga asing yang dipercayai mencuri barang kemas milik majikannya bernilai kira-kira RM15,000.
Suspek yang berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Pasir Puteh, di sini jam 1.50 tengah hari semalam, oleh sepasukan polis Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengadu pada Sabtu lalu.
"Pengadu mengesyaki barang kemasnya telah dicuri oleh pekerja warga asing yang datang menjalankan kerja-kerja pembersihan di rumahnya di Taman Rapat Setia Baru, di sini.
"Setelah menerima laporan itu, pihak polis telah mengadakan operasi khas dan berjaya menangkap seorang suspek wanita warga asing yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kes tersebut.
"Tangkapan tersebut dibuat dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas laporan polis diterima," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Yahaya berkata polis turut berjaya merampas beberapa barang kes, termasuk milik pengadu yang bernilai kira-kira RM13,000.
Selain itu, polis turut menemukan resit kedai pajak gadai dan kedai emas.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan)," katanya.
Beliau berkata, polis memperoleh perintah tahanan reman ke atas suspek tersebut selama empat hari, bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan.
Beliau turut menasihatkan pengusaha kedai pajak gadai dan kedai emas untuk mengamalkan langkah berhati-hati dalam urusan perniagaan serta jangan membeli barang kemas curi.
Aida Aziz
Mon Jun 20 2022

Polis memperoleh perintah tahanan reman ke atas suspek selama empat hari, bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Signifikan SPEACS, ke arah memperkasa IPCC
Sejauh mana Sistem Pengurusan Aduan dan Siasatan (SPEACS) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan dilancarkan bulan depan dapat menghasilkan laporan tahunan lebih terperinci dan siasatan disiapkan dengan lebih cepat?
Sindiket tawaran pekerjaan dijadian agenda utama ASEAN
Malaysia sedia untuk menjadikan isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan sebagai salah satu topik utama perbincangan semasa Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, selaras dengan komitmen negara dalam menangani jenayah rentas sempadan itu.

Jiran tidak pernah lihat Zayn Rayyan main di taman
Rashidah berkata, sepanjang 10 tahun tinggal di Blok R pangsapuri berkenaan, anak-anaknya juga tidak pernah bermain dengan Zayn Rayyan.
Thaksin suara keyakinan Malaysia mampu selesaikan konflik di Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.
Thailand, Malaysia pergiat usaha manfaat potensi dua negara
Thailand dan Malaysia sedang mempergiat usaha memanfaatkan potensi perdagangan dan pelaburan rentas sempadan dengan sasaran mewujudkan koridor ekonomi di sepanjang sempadan kedua-dua negara

Pegawai SPRM nafi kenaikan pangkat disebabkan siasatan memihak kepada Najib
"Kenaikan pangkat saya ditentukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu (Tan Sri Abu Kassim)."
Hadimuljono cadang pemberian tanah percuma kepada kedutaan asing
Ketua Pentadbiran Nusantara, Basuki Hadimuljono mencadangkan pemberian tanah percuma kepada kedutaan asing di Kalimantan Timur, yang merupakan lokasi kepada ibu negara baharu Indonesia.
'6 negara, 1 destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thailand
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra yakin bahawa inisiatif "Enam Negara, Satu Destinasi" yang dicadangkan akan mengukuhkan status ASEAN sebagai hab pelancongan dengan memudahkan akses bagi pelancong antarabangsa dan merangsang sektor pelancongan serantau.
Ekonomi Indonesia: Prabowo rancang 15 projek mega terus dasar hiliran Jokowi
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa pentadbirannya akan meneruskan dasar hiliran yang dirintis oleh Presiden Ketujuh, Joko Widodo (Jokowi), dengan melaksanakan 15 projek bernilai tinggi tahun ini.

Mayat mangsa lemas pertama di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang daripada dua pelajar lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus Sungai Perak di Kampung Tepus, Parit, pada Isnin, berjaya dijumpai pada petang Selasa.

Pembantu rumah diberkas curi barang kemas majikan
Soal siasat yang dijalankan kemudian membawa kepada penemuan beberapa barangan kemas di sebuah rumah di Kuala Lumpur.

Polis tahan wanita warga asing curi barang kemas majikan RM15,000
Polis menahan seorang pekerja wanita warga asing yang dipercayai mencuri barang kemas milik majikannya bernilai kira-kira RM15,000.