awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/03/2021
14:07 MYT
Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Suspek turut dipercayai meminta sumbangan daripada syarikat dengan mengaitkan nama Istana Kelantan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang warga emas berusia 69 tahun ditahan kerana menyamar sebagai kerabat diraja Istana Kelantan dan menawarkan gelaran Datuk palsu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.
Terdahulu, katanya polis menahan seorang penjawat awam berusia 48 tahun kerana memiliki kad gelaran Datuk dan logo Istana Kelantan.
"Jadi pihak polis telah jalankan siasatan terhadap tangkapan pertama yang memaklumkan dia dapat kad ini daripada seorang lelaki mengaku kerabat (diraja) Istana Kelantan.
"Susulan itu, pada 27 Februari pihak polis menyerbu rumah di sebuah kampung di Machang dan menahan suspek terbabit," katanya di sini, hari ini.
Penyamaran | Menyamar jadi kerabat istana, warga emas ditahan
Beliau berkata, suspek turut dipercayai meminta sumbangan daripada syarikat dengan mengaitkan nama Istana Kelantan.
Katanya, polis turut merampas beberapa barangan termasuk dokumen, kad nama dan cop.
Beliau berkata, suspek akan didakwa esok mengikut Seksyen 419,468 dan 473 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#kerabat diraja kelantan
#Istana Kelantan
#menyamar
#warga emas
#ditahan
#tawar gelaran datuk
#minta sumbangan
#polis
#kerabat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan