KOTA BHARU: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta dan menyita harta bernilai RM379,817 dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan mulai 6 Ogos hingga semalam (19 Ogos).
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata seramai 416 orang termasuk dua pelajar telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.
Beliau berkata rampasan terbesar bagi operasi itu melibatkan 160,000 pil yaba bernilai RM1.7 juta selepas seorang lelaki warga Thailand berusia 41 tahun ditahan di depan sebuah rumah di Lorong Masjid di sini pada 18 Ogos lepas.
"Dalam kejadian itu, sepasukan anggota Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik telah menahan suspek yang sedang memegang satu guni berwarna putih di tangan kanannya.
"Pemeriksaan ke atas guni, ditemukan 17 ikatan bungkusan kertas kekuningan setiap satunya bertulis Y1 mengandungi sebanyak 100,000 pil yaba," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Muhamad Zaki berkata soal siasat ke atas suspek telah membawa polis ke sebuah stor di belakang rumah dan di situ ditemukan pula dua besen plastik biru mengandungi 60,000 pil yaba.
Beliau berkata siasatan mendapati suspek, yang bekerja di kedai makan, baru sahaja dibebaskan dari penjara di Thailand dan dia telah ditahan reman dari 19 hingga 25 Ogos untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Polis turut menyita sebuah motosikal Honda Scoopy dan kereta Nissan Teana bernombor pendaftaran Thailand bernilai RM27,500," katanya.
Muhamad Zaki berkata pihaknya turut merampas 15.52 kilogram (kg) ganja bernilai RM48,112 setelah menahan dua lelaki Thailand berusia 39 dan 52 tahun di Jeram Perdah, Pasir Mas pada 14 Ogos lepas.
Katanya serbuan di sebuah rumah di Kampung Batu Sebutir, Pasir Puteh pada 14 Ogos lepas pula menyaksikan polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 30 hingga 37 tahun dan merampas 140 liter air ketum, daun ketum (85 kg) dan ubat batuk (36 liter) bernilai RM3,630.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata seramai 416 orang termasuk dua pelajar telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952. - Foto FB Polis Kelantan
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai hampir RM11 juta
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu bernilai hampir RM11 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Bukit Puchong.
Polis tahan warga Thailand, rampas dadah bernilai lebih RM2 juta
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta dan menyita harta bernilai RM379,817 dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan mulai 6 Ogos hingga semalam (19 Ogos).
Polis tahan tiga individu, rampas dadah dan kenderaan bernilai lebih RM200,000
Polis menahan dua lelaki, seorang wanita, dan merampas 52 kilogram (kg) dadah jenis ganja dalam dua serbuan sekitar ibu negara dan Johor, Jumaat lepas.
Polis rampas dadah, tahan dua penganggur
Polis menahan dua penganggur dan merampas pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Johor Jaya, Selasa lepas.