Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap sembilan suspek yang terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas Daish, antara 20 Julai hingga 9 Ogos 2016.
Dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Kelantan itu, tiga warga asing dan enam rakyat Malaysia yang berusia antara 17 hingga 56 tahun ditahan.
"Tiga suspek warga asing itu adalah bekas tentera, tiga lagi merupakan penjual cakera video digital (VCD) cetak rompak, sementara selebihnya masing-masing merupakan operator kilang, pemandu jentolak serta penganggur," ujar Ketua Polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan.
Ini termasuk dua suspek penyerang Movida Pub & Lounge di Puchong, Jasanizam Rosni dan Md Saifuddin Muji, yang ditangkap pada 9 Ogos 2016.
"Mereka telah melarikan diri selepas insiden serangan tersebut dan bersembunyi di sebuah pondok di kawasan berbukit di Kuala Krai, Kelantan sejak awal Julai 2016," ujar beliau.
Susulan daripada tangkapan mereka, polis berjaya merampas sebutir bom tangan jenis M67 yang disembunyikan di Rengit, Batu Pahat yang disyaki akan digunakan dalam serangan yang dirancang.
Dua suspek yang ditangkap di Batu Pahat, Johor dan Kuala Krai, bersubahat menyembunyikan Jasanizam dan Md Saifuddin.
Seorang suspek berusia 17 tahun yang ditangkap di Sabah, telah menerima arahan daripada rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan Daish di Syria, untuk melancarkan serangan di negara ini.
Suspek merancang untuk melancarkan serangan bersendirian dengan menyembelih mana-mana orang bukan Islam di Sandakan.
Selain itu, suspek melalui akaun Facebook miliknya, juga telah mengancam untuk membunuh Ketua Polis Negara (KPN).
Tiga suspek warga asing yang ditangkap di sekitar Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2016, disyaki menjadikan Malaysia sebagai transit untuk mendapatkan dokumen perjalanan palsu serta merancang untuk melancarkan serangan di salah sebuah negara di Asia Barat.
Suspek berusia 26 tahun yang ditahan di Johor, merupakan anggota sel yang sama dengan 23 suspek yang ditangkap dalam dua operasi khas pada bulan Julai 2016.
Suspek ini terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kompleks Kerajaan di Putrajaya. Sel berkenaan disyaki menerima arahan dari Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk melancarkan serangan di Malaysia.
Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIa – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Astro Awani
Sat Aug 13 2016
Salah seorang suspek yang telah ditangkap polis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Daish. - Foto PDRM
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.