Tindakan dua suspek yang dipercayai ahli kumpulan Geng Mamak melibas parang ke arah polis berakhir apabila mereka ditembak mati dalam kejadian di Jalan Tanjung Rambutan-Tanah Hitam, Chemor malam tadi.
Dalam kejadian sekitar 9.30 malam itu, kedua-dua suspek cuba ditahan oleh sepasukan Bahagian Jenayah Berat D9 Bukit Aman yang membuat rondaan cegah jenayah sebelum terserempak kenderaan dipandu suspek dalam keadaan amat mencurigakan.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, anggota polis cuba untuk menahan suspek namun kenderaan jenis Toyota Vios itu terus memecut laju ke arah Jalan Tanjung Rambutan-Tanah Hitam.
Menurut beliau, polis akhirnya berjaya memintas suspek apabila tiba di satu selekoh sebelum suspek bertindak agresif.
“Suspek cuba melanggar kenderaan polis namun terbabas, sebelum melepaskan empat das tembakan ke arah polis manakala seorang lagi suspek di bahagian kiri kenderaan keluar sambil melibas parang.
“Anggota polis kemudiannya melepaskan tembakan ke arah suspek sehingga tiada ancaman,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Tambah beliau, siasatan awal mendapati suspek dikenai sebagai “Misai” dan “Ganesh” yang berusia di antara 30 dan 50 tahun.
“Kami tidak menjumpai sebarang pengenalan diri dan cap jari kedua-dua suspek telah diambil untuk pengesahan,” katanya lagi.
Hasnan berkata, pihaknya turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver .38 Special, dua butir peluru hidup dan empat kelongsong peluru, empat parang, kapak, kuku kambing, vest polis dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah.
Beliau memberitahu, kedua-dua suspek dipercayai sedang merancang untuk kegiatan jenayah seterusnya di sekitar kawasan Ipoh sebelum pelan mereka digagalkan oleh pihak polis.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Apr 05 2017
Anggota polis mengangkat salah seorang dari dua mayat anggota 'Geng Mamak' selepas ditumpaskan di Jalan Tanjung Rambutan-Tanah Hitam malam tadi. - Foto Bernama
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Polis tembak mati dua ahli Geng Mamak
Suspek dipercayai sedang merancang kegiatan jenayah seterusnya di sekitar kawasan Ipoh sebelum pelan mereka digagalkan oleh pihak polis.
Seorang anggota 'Geng Mamak' mati ditembak
Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki tiga penjenayah tersebut kerana merempuh kereta polis.
Seorang lelaki dipercayai anggota Geng Mamak ditembak mati, rakannya cedera
Seorang lelaki berusia 59 tahun yang dipercayai anggota 'Geng Mamak' maut ditembak, manakala seorang rakannya cedera di pinggang.