awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tempatkan 400 pegawai, anggota kawal perlawanan Piala FA

Bernama
Bernama
05/08/2022
07:08 MYT
Polis tempatkan 400 pegawai, anggota kawal perlawanan Piala FA
Polis akan mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.
KUALA TERENGGANU: Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota bagi mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, malam esok.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata, ia bagi memastikan kelancaran perlawanan bola sepak antara pasukan Terengganu FC dan Selangor FC termasuk aliran trafik yang dijangka sesak di sekitar lokasi stadium.
"Orang ramai atau penonton diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan dan menghalang jalan atau laluan ke kawasan pintu utama SSMZA," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rahim berkata, pemeriksaan badan dan beg juga akan dilakukan bagi memastikan penonton tidak membawa masuk bahan terlarang yang boleh menggugat keselamatan.
Menurutnya, barangan larangan itu termasuk mercun, bunga api, suar, mancis, pemetik api dan sebarang objek tajam seperti pisau, payung dan besi.
"Saya juga mahu ingatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan kekacauan dengan mengadakan perhimpunan atau perarakan sebelum atau selepas perlawanan. Sebarang provokasi akan dikenakan tindakan tegas sekiranya ditangkap," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala FA
#Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
#Terengganu FC
#Selangor FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan