awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis temui rangka kanak-kanak lelaki dua tahun

Bernama
Bernama
31/08/2014
11:51 MYT
Polis temui rangka kanak-kanak lelaki dua tahun
Siasatan awal suspek lelaki itu mengaku membunuh kanak-kanak itu dipercayai anaknya, dengan menekup mulut mangsa sehingga lemas.
Polis semalam menemui rangka kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditanam di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, Bukit Katil di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Abu Bakar berkata berikutan itu pasangan kekasih ditahan polis bagi membantu siasatan.
Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun itu dibawa ke lokasi kejadian, dan kira-kira 7 pagi semalam polis menemui rangka mangsa berbalut kain batik yang ditanam di dalam lubang sedalam 0.3 meter.
"Melihat keadaan rangka terbabit kanak-kanak berkenaan dipercayai meninggal dunia Februari lalu sebelum mayatnya ditanam di rumah yang disewa pasangan berkenaan (bermula) awal tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Razali berkata berdasarkan siasatan awal suspek lelaki itu mengaku membunuh kanak-kanak itu dipercayai anaknya, dengan menekup mulut mangsa sehingga lemas.
Bagaimanapun punca dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#bayi
#PDRM
#polis
#rangka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan