[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

Polis Terengganu buka 12 kertas siasatan kes tipu cabutan bertuah

Bernama 02/06/2025 | 06:45 MYT
Polis Terengganu telah membuka 12 kertas siasatan berkaitan kes penipuan cabutan bertuah melalui pautan palsu menyerupai laman bank (phishing), melibatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM259,103.57 sejak 1 Januari. -Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu membuka 12 kertas siasatan berkaitan kes penipuan peraduan cabutan bertuah melalui capaian pautan sebuah bank (phishing).


Ringkasan AI
  • Polis Terengganu telah membuka 12 kertas siasatan berkaitan kes penipuan cabutan bertuah melalui pautan palsu menyerupai laman bank (phishing), melibatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM259,103.57 sejak 1 Januari.
  • Kes terbaharu melibatkan dua wanita berusia 52 tahun yang masing-masing kehilangan RM5,499 dan RM14,110 selepas menekan pautan palsu di media sosial, menyebabkan wang dalam beberapa akaun bank mereka lesap.
  • Polis mengingatkan orang ramai agar sentiasa menyemak kesahihan maklumat dengan institusi kewangan dan menyalurkan maklumat berkaitan sindiket penipuan ke balai polis atau CCID Scam Response Center di talian 03-26101559.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima 12 laporan bermula pada 1 Januari hingga semalam melibatkan kerugian berjumlah RM259,103.57.

Beliau berkata laporan terbaharu diterima semalam membabitkan seorang guru wanita berusia 52 tahun yang kerugian wang sebanyak RM5,499 dipercayai selepas menekan capaian pautan bertuah palsu melalui Facebook.

"Mangsa menyedari wang simpanan dalam dua akaunnya telah hilang selepas membuat pemeriksaan di bank.

"Satu lagi laporan semalam melibatkan seorang peniaga wanita berusia 52 tahun yang kehilangan RM14,110 daripada tiga akaun bank selepas menekan pautan palsu di laman sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Azli mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan menyemak kesahihan sebarang maklumat secara terus dengan institusi kewangan.

Sebarang maklumat berkaitan sindiket penipuan katanya, boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau CCID Scam Response Center menerusi talian 03-26101559.

-- BERNAMA




#Polis Terengganu #penipuan cabutan bertuah #phishing #pautan palsu