awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid

Bernama
Bernama
16/03/2024
04:00 MYT
Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid
Pengaktifan semula Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kelab Rukun Tetangga (KRT) akan membantu polis membuat rondaan untuk mengekang jenayah tersebut selain menjamin keselamatan penduduk. -Gambar fail
KUALA NERUS: Polis kontinjen Terengganu menubuhkan pasukan petugas bagi mencegah kegiatan pecah dan curi tabung masjid di negeri itu sepanjang Ramadan ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Beliau berkata pengaktifan semula Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kelab Rukun Tetangga (KRT) akan membantu polis membuat rondaan untuk mengekang jenayah tersebut selain menjamin keselamatan penduduk.
"Setakat ini, tiga kes curi tabung dilaporkan di Terengganu iaitu di daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang. Jumlah kerugian masih belum dipastikan dan sebahagian suspek telah berjaya ditangkap.
"Pelaku menyasarkan masjid yang menerima jumlah kutipan derma yang tinggi pada Ramadan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Rondaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SRS Peringkat Negeri Terengganu di sini malam tadi.
Menurutnya pasukan khas itu akan mengadakan rondaan terutamanya pada waktu malam, manakala pada waktu siang rondaan akan dijalankan pihaknya menerusi program 1 Masjid 1 Polis.
Sementara itu Mazli berkata pihaknya setakat ini membenarkan penjualan 42 jenis mercun di negeri itu dan telah meluluskan serta menolak beberapa permohonan daripada peniaga.
Beliau berkata pemantauan terhadap peniaga yang menjual mercun dan bunga api tanpa permit di bazar Ramadan juga dijalankan pihaknya bersama penguat kuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Setakat ini beberapa tangkapan dalam bilangan yang kecil telah dibuat ke atas peniaga yang berniaga bahan ini tanpa permit dan mereka menjualnya menggunakan kenderaan.
"Pada masa sama kita juga pantau kegiatan penjualan mercun dan bunga api menerusi dalam talian, walaupun Terengganu masih belum ada kes sebegitu. Kesalahan ini boleh diambil tindakan mengikut Akta Bahan Letupan 1957," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Terengganu
#JPNIN
#MCPF
#curi tabung masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan