awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima 13 laporan berhubung hantaran hina Nabi Muhammad di Facebook

Bernama
Bernama
17/03/2025
12:04 MYT
Polis terima 13 laporan berhubung hantaran hina Nabi Muhammad di Facebook
Razarudin berkata semua laporan itu diterima setakat 11.30 malam semalam dan siasatan lanjut giat dilakukan. - Gambar fail/AStro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis menerima 13 laporan di seluruh negara berhubung hantaran menghina Nabi Muhammad S.A.W di Facebook milik seorang penulis buku yang juga usahawan wanita, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata semua laporan itu diterima setakat 11.30 malam semalam dan siasatan lanjut giat dilakukan.
Beliau berkata laporan awal kes itu dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun di Balai Polis Beranang, Kajang, Selangor pada Sabtu lepas.
"Identiti suspek wanita berusia 75 tahun sudah pun dikenal pasti dan pada masa ini siasatan sedang dijalankan dengan tindakan awal kita adalah memanggil pemilik akaun berkenaan.
"Polis sudah merakam percakapan pengadu terbabit bagi melengkapkan siasatan awal kes itu mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Razarudin berkata pihaknya telah merujuk kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menurunkan hantaran tersebut daripada akaun Facebook wanita itu kerana boleh mengelirukan pembaca.
"Pihak polis tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang isu berkaitan agama, kaum dan raja (3R). Tindakan mengikut segala peruntukan undang-undang sedia ada akan diambil terhadap pihak menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengganggu-gugat ketenteraman awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Facebook
#MCMC
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan