awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima 23 laporan menyamar pegawai NSRC babit kerugian lebih RM700,000

Bernama
Bernama
11/12/2023
09:56 MYT
Polis terima  23 laporan menyamar pegawai NSRC babit kerugian lebih RM700,000
Ramli berkata, NSRC adalah pusat yang hanya menerima panggilan daripada orang ramai dan ia berbentuk komunikasi sehala sahaja. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menerima 23 laporan berkaitan kes menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak awal Januari hingga kini membabitkan kerugian RM720,495.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa akan menerima panggilan individu yang mendakwa pegawai NSRC dan mereka diminta mengikut segala arahan sehingga mengakibatkan mangsa membuat pindahan wang ke akaun yang diberikan.
"Pegawai itu memaklumkan pihak NSRC akan membatalkan nombor telefon mangsa ekoran terdapat aduan bahawa nombor telefon mangsa telah menghantar pautan haram serta mesej penipuan.
"Bagi tujuan siasatan, panggilan kemudian akan disambung kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis," katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.
Beliau berkata NSRC adalah pusat yang hanya menerima panggilan daripada orang ramai dan ia berbentuk komunikasi sehala sahaja.
"NSRC tidak akan membuat panggilan kepada mana-mana individu dan sebarang panggilan yang mengaku daripada pihak NSRC adalah satu penipuan," katanya.
Ramli berkata sepanjang penubuhannya pada Oktober 2022 hingga 30 Nov 2023, jumlah kerugian keseluruhan kes NSRC ialah RM173 juta dan daripada jumlah itu, wang yang berjaya disekat ialah RM33 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menyamar pegawai NSRC
#Pusat Respons Scam Kebangsaan
#penipuan
#pautan haram
#Bukit Aman
#Ramli Mohamed Yoosuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan