KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung penipuan penjualan vaksin COVID-19 yang melibatkan kerugian RM285,499.95.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, siasatan dijalan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kes masih di dalam siasatan.
“Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian.
“Walaupun pihak pengendali perkhidmatan jualan berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terdapatnya iklan tersebut, namun polis tidak menolak kemungkinan wujudnya iklan-iklan palsu berkenaan penjualan vaksin COVID-19 pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Zainuddin berkata kerajaan telah mengumumkan pemberian vaksin COVID-19 akan dilaksanakan secara percuma kepada rakyat Malaysia.
“Justeru sebarang tawaran penjualan vaksin oleh mana-mana pihak adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan satu penipuan.
“JSJK sentiasa akan melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi mengesan dan membanteras mana-mana pihak yang cuba mengiklankan penjualan vaksin secara dalam talian,” ujarnya.
Tambah beliau, orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada dengan tindakan pihak tidak bertangungjawab dan sentiasa peka dengan pengumuman serta arahan dikeluarkan kerajaan berkaitan program vaksinasi.
Afiezy Azaman
Thu Mar 04 2021

ZAINUDDIN: Sebarang tawaran penjualan vaksin oleh mana-mana pihak adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan satu penipuan. - Gambar fail

Suspek curi kereta cuba rempuh polis, dua das tembakan dilepaskan
Seorang anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri, namun suspek berjaya meloloskan diri.

15 muka lama kekal anggotai jawatankuasa DAP N. Sembilan, Anthony Loke pertahan jawatan
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berjaya mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang dipegang beliau sejak 2004.

UMNO bincang isu pemilihan parti dalam mesyuarat MT Ramadan nanti - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan mesyuarat MKT dijadualkan pada Ramadan nanti.

Pemergian Putera Phillip bakal 'satukan' semula William dan Harry
William dan Harry akan berjalan beriringan sewaktu Perarakan Diraja, mengiringi jasad Duke of Edinburgh di Istana Windsor, pada 17 April ini

Audio tular | Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin audio tular yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sahih. Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Sidang media khas tangkapan kartel daging
Ikuti secara langsung sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed.

Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Mayat lelaki rentung ditemui dalam ladang kelapa sawit
Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang dan masih memakai kasut jam 7.28 malam Sabtu oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Jenayah | Bukan jatuh, rupanya ditolak suami dari tingkat 18
Wanita yang disangka terjatuh dari tingkat 18 Kondominium Bukit Awana Jalan Bukit Kukus, George Town semalam rupanya ditolak oleh suaminya sendiri. Perkara itu disahkan oleh polis yang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, susulan kejadian itu, polis telah menahan suami mangsa berusia 34 tahun.

Suspek curi kereta cuba rempuh polis, dua das tembakan dilepaskan
Seorang anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri, namun suspek berjaya meloloskan diri.

Mayat lelaki rentung ditemui dalam ladang kelapa sawit
Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang dan masih memakai kasut jam 7.28 malam Sabtu oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Audio tular: Pihak berkuasa akan siasat secara profesional dan adil - Takiyuddin
Kerajaan menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan isu berkenaan kepada pihak polis.

Sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi Datuk dan Datin tumpas
Pasangan itu ditahan bersama tujuh ahli sindiket dalam enam serbuan di sekitar Johor dan Selangor pada 7 dan 8 April lalu.

Siasat kekayaan luar biasa, laksana langkah drastik atasi rasuah dan kartel
Pembongkaran sindiket kartel yang melibatkan tender kerajaan oleh pihak SPRM telah mengugat integriti perkhidmatan awam dalam negara kita.

Sindiket curi elektrik lombong bitcoin tumpas
Operasi bersepadu pada jam 11.30 malam itu turut merampas 190 unit mesin perlombongan bitcoin dengan nilai keseluruhan RM380,000.

Hamzah tak perlu campur tangan urusan pertukaran pegawai polis - Hassan Karim
Hamzah tidak seharusnya campur tangan dalam urusan tersebut dan Abdul Hamid mesti diberi ruang dan kebebasan serta tidak diganggu bidang kuasanya.

NUTP buat laporan polis berhubung dakwaan wujud isu perkauman
Presiden NUTP Aminuddin Awang bersama wakil guru NUTP dari seluruh negara hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul bagi membuat laporan polis berkenaan.

RM3.5 bilion dadah yang dirampas dalam simpanan PDRM - Ketua Polis Negara
Nilai rampasan tersebut menunjukkan bahawa begitu ramai rakyat di negara ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

KPN sahkan wujud arahan tangguh pertukaran pegawai
Arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri pada saat-saat akhir membabitkan pertukaran jawatan Ketua Polis.