awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima dua laporan video tular gaduh di plaza tol

Bernama
Bernama
31/05/2025
15:55 MYT
Polis terima dua laporan video tular gaduh di plaza tol
Polis menerima dua laporan berkaitan pergaduhan membabitkan dua lelaki di Plaza Tol Bukit Tambun, selepas rakaman kejadian itu tular melalui media sosial. - Foto tular/Sinar Harian
NIBONG TEBAL: Polis menerima dua laporan berkaitan pergaduhan membabitkan dua lelaki di Plaza Tol Bukit Tambun, di sini selepas rakaman kejadian itu tular melalui media sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan suspek terlibat sedang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS.
"Pihak polis telah mengesan video berdurasi 28 saat yang tular melalui media sosial memaparkan satu kejadian melibatkan perselisihan faham antara dua pengguna jalan raya di lorong teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Plaza Tol Bukit Tambun arah selatan sekitar 5.15 petang hari ini.
"Kejadian ini melibatkan pelanggaran kenderaan dari belakang yang kemudian menyebabkan pertengkaran, kerosakan harta benda serta dakwaan serangan fizikal dan ugutan jenayah oleh seorang daripada individu terlibat," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata video berkenaan yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan telah tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugut jenayah.
Terdahulu, tular satu rakaman video melalui media sosial memaparkan pertengkaran antara dua lelaki di Plaza Tol Bukit Tambun dengan seorang daripada mereka yang hanya berkain pelikat dan bertopi dilihat cuba menyerang menggunakan senjata sebelum kedua-dua mereka ditenangkan seorang individu yang berada di situ.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan
#video tular gaduh
#Plaza Tol Bukit Tambun
#Polis Daerah Seberang Perai Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan