PUTRAJAYA: Polis menerima laporan berhubung aktiviti menyamar di media sosial yang dilakukan oleh seorang wanita mendakwa dirinya dilantik sebagai pegawai tinggi di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Wanita itu disyaki melakukan penyamaran dengan mendakwa dirinya telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN menerusi satu rakaman video berdurasi satu minit 40 saat yang dimuat naik di media sosial.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata satu laporan berhubung video dan aktiviti penyamaran itu telah dibuat oleh Setiausaha Bahagian KDN di Balai Polis Presint 11 di sini hari ini.
"Pengadu memaklumkan KDN tidak pernah melantik mana-mana individu secara langsung sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN dan jawatan tersebut sememangnya tidak pernah wujud," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Polis menerima laporan berhubung aktiviti menyamar di media sosial yang dilakukan oleh seorang wanita mendakwa dirinya dilantik sebagai pegawai tinggi di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rugi RM120,000 diperdaya 'scammer' menyamar anggota AMLA
Mangsa yang percaya dengan kata-kata tersebut telah melakukan 17 transaksi pembayaran melalui mesin deposit ke dalam tiga akaun bank berbeza.
Remaja 14 tahun menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang ditahan
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan polis kerana dipercayai menyamar sebagai pegawai perubatan dan memasuki bilik bedah hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Khamis.
Identiti 'isteri' terbongkar, pasangan lelaki kantoi kahwin sejenis
Di bawah kes itu, Jurnal dikatakan menyamar sebagai pengantin wanita untuk mengelirukan orang ramai.
Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran.
Malaysia juga berdepan risiko jenayah AI - Pakar
AI itu membuat penaakulan dan berfikir seperti manusia, menawarkan manfaat yang begitu besar, khususnya bagi meningkatkan lagi kecekapan.
Lebih 400 kes menyamar rakan di aplikasi sosial disiasat - Bukit Aman
JSJK Bukit Aman kesan penipuan menyamar sebagai rakan atau kenalan di aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya.
Dua bekas anggota penguat kuasa ditahan disyaki minta rasuah RM18,000
Kedua-dua suspek menyamar sebagai pegawai Unit Risikan Bukit Aman meminta balasan untuk tidak mengambil tindakan bagi kes pengubahan wang haram terhadap mangsa.
Peniaga didakwa menyamar sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
Aries Ryan Philip Among, 29, dituduh menipu seorang individu dengan menyamar sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.
Warga emas kerugian lebih RM200,000 ditipu 'pegawai BNM'
Seorang wanita warga emas kerugian RM212,951.20 akibat terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penggunaan kad kredit.
Pesara kerugian RM127,560 jadi mangsa 'phone scam'
Mangsa melakukan tiga transaksi kepada tiga akaun bank milik individu berlainan sepanjang tempoh antara 9 dan 10 Oktober lalu.