MALAYSIA

Polis terima laporan isu video tular isteri curang dengan doktor

Sinar Harian 28/08/2025 | 05:45 MYT
Rakaman video seorang pemuda menerjah dan merakam detik-detik isterinya curang bersama doktor berstatus suami orang menjadi tular di media sosial. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan video tular memaparkan wanita berstatus isteri orang yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan seorang doktor di sini.


Ringkasan AI
  • Polis Kota Bharu menerima laporan daripada seorang doktor swasta berhubung video tular membabitkan wanita berstatus isteri orang yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengannya. Kes diklasifikasikan sebagai rujuk lain agensi (RLA).
  • Video yang tular di Facebook menunjukkan seorang suami menerjah isterinya yang dipercayai berlaku curang dengan doktor berstatus suami orang, menarik perhatian ramai dan mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.
  • Suami wanita tersebut meluahkan kekecewaan terhadap isterinya yang disokong sepenuhnya sepanjang 10 tahun perkahwinan, menyifatkan istilah "office wife" sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada doktor pusat perubatan swasta di sini pada jam 6.27 petang Ahad lalu.

"Kes diklasifikasikan RLA (rujuk lain agensi)," katanya dalam kenyataan ringkas pada Khamis.

Sinar Harian Online sebelum ini melaporkan, tular di Facebook memaparkan seorang pemuda menerjah dan merakam detik-detik isterinya curang bersama doktor berstatus suami orang sehingga mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki itu tidak pernah menyangka individu yang paling disayanginya sanggup berpaling tadah kepada lelaki lain meskipun sudah 10 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama-sama.

Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, punca permasalahan bukan disebabkan miskin, gaduh, tidak meluangkan masa bersama atau tiada persefahaman, sebaliknya gara-gara terma 'office wife'.

“Saya tak pernah sangka orang yang saya sangat sayang, yang setiap malam tidur di sisi sanggup curang.

“Setelah 10 tahun berkahwin rumah tangga saya musnah. Sejak dia bekerja, saya yang sokong dari awal hingga akhir. Hantar kerja luar, lalui pengajian jarak jauh (PJJ) berbulan-bulan, jadi telinga semasa dia stres, siapkan kerja bila penat, malah selalu tunggu balik lewat malam.

“Saya tak pernah curiga sebab percaya. Tetapi, rupanya selama ini dia dibelai orang yang dah berumah tangga. Berstatus profesional dan dihormati masyarakat, tapi hakikatnya tak lebih daripada perosak rumah tangga orang,“ katanya pada Ahad. - Sinar Harian






#video tular #isteri orang #Doktor #kes curang