MALAYSIA
Polis terima laporan pelakon dakwa jadi mangsa seks luar tabii
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata laporan berkenaan dibuat oleh lelaki tempatan berusia 35 tahun itu pada 6.11 petang semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang pelakon lelaki yang mendakwa pernah menjadi mangsa seks luar tabii.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata laporan berkenaan dibuat oleh lelaki tempatan berusia 35 tahun itu pada 6.11 petang semalam.
"Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan daripada pengadu dan kes masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan pelakon itu membuat pendedahan menerusi platform Threads tentang pengalaman menjadi mangsa amang seksual ketika masih bergelar pelakon kanak-kanak, yang menarik perhatian pengguna media sosial itu.
-- BERNAMA