awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima laporan penampakan harimau di Kemensah Heights

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
20/05/2022
13:29 MYT
Polis terima laporan penampakan harimau di Kemensah Heights
Jabatan Perhilitan masih lagi berada di tempat kejadian dalam usaha mengesan harimau terbabit. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan orang awam yang mendakwa terserempak dengan seekor harimau di kawasan perumahan Kemensah Heights dekat sini, pada tengah hari Jumaat.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, saksi telah membuat laporan di Balai Polis Melawati pada jam 12.40 tengah hari.
“Sehubungan itu, pihak polis telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor untuk membantu usaha mengesan harimau tersebut.
“Jam 4 petang tadi, pihak Perhilitan Selangor yang sampai ke tempat kejadian dan sudah berusaha menjejak harimau terbabit, tetapi tidak berjaya memandangkan maklumat diperolehi tidak begitu jelas.
“Pihak Perhilitan juga tidak menemui sebarang jejak ataupun kesan tapak kaki haiwan liar tersebut,” jelas Farouk.
Bagaimanapun, katanya Perhilitan masih lagi berada di tempat kejadian dalam usaha mengesan harimau terbabit.
Mengulas dakwaan harimau tersebut terlepas Zoo Negara, Farouk menegaskan tiada laporan harimau terlepas dari premis tersebut.
Beliau juga menggesa agar orang ramai yang terserempak atau mempunyai sebarang maklumat agar tampil untuk memberikan kerjasama.
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#harimau
#Kemensah
#harimau di kemensah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan