MALAYSIA
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan empat kanak-kanak di sebuah tadika di Sungai Buloh, hari ini.
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan empat kanak-kanak di sebuah tadika di Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima lima laporan berhubung kejadian itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh dan turut menemukan satu rakaman video berkaitan perkara tersebut sebagai bahan bukti.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada Julai hingga Ogos tahun lepas membabitkan empat kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun.
"Dua wanita yang merupakan penjaga kanak-kanak telah dibenarkan reman lima hari oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam dan seorang lagi akan dipanggil untuk dirakam keterangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hafiz berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi serta menyebarkan berita palsu berhubung kejadian berkenaan memandangkan siasatan masih dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Saujana Utama 03- 60382222 atau pegawai penyiasat Insp Muhammad Syahir Abdul Halim 016-3423258.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial berkongsi hantaran mendakwa memiliki rakaman video yang menunjukkan anaknya disyaki didera di sebuah tadika di Saujana Utama, selain mendakwa mempunyai video anak orang lain turut didera.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan kes pukul melibatkan empat kanak-kanak di tadika Sungai Buloh.
- Siasatan mendapati kejadian berlaku Julai-Ogos tahun lepas melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun.
- Dua wanita penjaga kanak-kanak telah dibenarkan reman lima hari, sementara satu lagi akan dipanggil untuk keterangan berhubung kes ini.