awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima panggilan saksi berhubung insiden baling molotov cocktail

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/08/2019
07:38 MYT
Polis terima panggilan saksi berhubung insiden baling molotov cocktail
Seorang pengawal keselamatan warga Nepal cedera selepas pondok pengawal tempatnya bertugas dibaling dengan molotov cocktail. - Foto PRDM
Pihak polis memaklumkan telah menerima panggilan saksi berhubung kejadian dua lelaki menaiki motosikal yang telah bertindak melontar bom petrol molotov cocktail ke arah pondok pengawal Kondominium PV 13, Setapak, di ibu negara.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan saksi sekitar jam 5 pagi pada Jumaat.
Serangan itu telah mengakibatkan pondok pengawal terbabit terbakar selain seorang pengawal keselamatan turut mengalami kecederaan di bahagian tangan dan belakang badan.
BACA: Pengawal keselamatan melecur dibaling molotov cocktail
"Siasatan awal mendapati dalam kejadian yang berlaku sekitar 4.35 pagi, dua suspek telah membaling molotov cocktail ke arah pondok pengawal dan terus beredar," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ketika kejadian tiga orang pengawal keselamatan sedang bertugas di dalam pondok berkenaan dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh pengawal bertugas.
Mangsa cedera difahamkan telah menerima rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu untuk segera menyalurkannya kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bom petrol
#molotov cocktail
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan