[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
MALAYSIA

Polis terima satu lagi laporan kenderaan dilanggar berhampiran Stesen LRT Glenmarie

Bernama 27/06/2025 | 09:45 MYT
Setakat ini, polis menerima lapan laporan berhubung insiden itu. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM: Polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie di sini dilanggar sebuah lori pada petang Rabu lepas.

Ringkasan AI
  • Polis menerima lapan laporan berhubung kejadian sebuah lori melanggar beberapa kenderaan yang diparkir berhampiran Stesen LRT Glenmarie pada petang Rabu.
  • Kejadian berlaku sekitar jam 2.10 petang ketika pemilik kenderaan meletakkan kereta mereka untuk menggunakan perkhidmatan LRT ke tempat kerja.
  • Kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pihak polis masih mengesan lori yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata setakat ini lapan laporan diterima pihaknya berhubung insiden itu.
"Kita masih mengesan lori yang terlibat dalam insiden berkenaan," katanya dalam kenyataan ringkas menerusi WhatsApp hari ini.
Semalam, Mohd Iqbal dilaporkan berkata kejadian kira-kira 2.10 petang itu berlaku apabila pemilik beberapa kenderaan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menggunakan perkhidmatan LRT ke tempat kerja.
Kes berkenaan disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
-- BERNAMA
#Stesen LRT Glenmarie #lori langgar kereta #kereta parkir tepi jalan #laporan polis