awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terus buru saki baki kumpulan pengganas di Sabah

Bernama
Bernama
17/11/2018
06:54 MYT
Polis terus buru saki baki kumpulan pengganas di Sabah
Berdasarkan maklumat yang diterima masih ada anggota kumpulan pengganas yang cuba bersembunyi di Sabah. - Gambar fail
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata pihak polis terus melakukan operasi untuk mengesan saki baki kumpulan pengganas di negeri ini.
Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima masih ada anggota kumpulan pengganas yang cuba bersembunyi di Sabah.
"Oleh itu pihak polis khususnya Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman terus mengesan individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Program Kepolisan Komuniti Bersama Pesuruhjaya Polis Sabah di Tanjung Aru Baru, di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun masih terdapat saki baki kumpulan pengganas itu di negeri ini, namun beliau meminta orang ramai agar tidak bimbang kerana individu yang disyaki anggota kumpulan pengganas itu hanya mahu bersembunyai.
"Mereka yang terlibat dengan kumpulan pengganas ini hanya mahu bersembunyai di negeri ini dan tidak mahu dikesan oleh pihak polis kerana sebelum ini mereka pernah terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas itu di negara jiran," tambahnya.
Dalam operasi di Sabah dan Putrajaya pada 30 Okt hingga 12 Nov lepas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia telah berjaya menahan lapan suspek yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas.
Sementara itu, mengulas mengenai program kepolisan komuniti itu, Omar berkata ia adalah program turun padang yang bertujuan untuk mendekati masyarakat melalui pelbagai acara yang dilakukan termasuk dialog.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Omar Mammah
#pengganas
#Pesuruhjaya Polis Sabah
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan