Polis Thailand memintas sebuah lori yang membawa 280kg heroin di sebuah pusat pemeriksaan imigresen dan kastam di Narathiwat, selatan Thailand, hanya beberapa minit sebelum ia memasuki sempadan Kelantan, Malaysia pada Ahad.
Menurut ketua Biro Anti Narkotik (NSB) Lt Jen Sommai Kongvisaisuk, dua lelaki rakyat tempatan dari wilayah Pattani yang berada dalam lori tersebut ditahan dalam operasi polis pada jam 5 petang (waktu tempatan).
"Kami berjaya menahan lori dengan muatan 280kg heroin di pusat pemeriksaan imigresen dan kastam Narathiwat sejurus sebelum ia memasuki sempadan Malaysia. Apabila diperiksa, para pegawai menemukan 800 ketulan heroin seberat 280kg disembunyikan dalam lori itu," kata beliau kepada Bernama di sini.
Beliau berkata kejayaan operasi itu juga adalah hasil kerjasama rapat antara polis anti narkotik Thailand dan rakan sejawatan mereka dari Malaysia yang ditempatkan di sepanjang sempadaan.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan mengenai peranan polis dari Malaysia dalam operasi itu.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat selanjutnya berhubung penemuan dadah dalam lori tersebut, kata Sommai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 11 2018
Polis Thailand menahan sebuah lori di Pusat Pemeriksaan Imigresen dan Kastam di Wilayah Narathiwat, selatan Thailand pada Ahad. - BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Polis Kedah serbu makmal dadah 'mini', tahan dua lelaki
Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 7 hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.
Gara-gara talkum disangka dadah, pemuda dipenjara 21 hari
Acosta dimasukkan ke dalam penjara tanpa siasatan lanjut dan tanpa memaklumkan kepada keluarganya.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM370,000 di Bukit Mertajam
Polis merampas enam bekas tin bertulis 'Royal British Butter' mengandungi tujuh paket plastik lut sinar disyaki dadah syabu dianggarkan berat 5.2 kilogram bernilai RM170,000.
Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000
Polis menahan seorang buruh dan merampas pelbagai dadah seberat 553.7 gram yang dianggar bernilai RM33,038 di Tok Adis, Kuala Ibai.
Individu tular berkas lelaki guna senjata api disahkan anggota polis
Polis mengesahkan individu dalam rakaman video yang tular memberkas seorang lelaki menggunakan senjata api adalah seorang anggota polis.
Wanita ditahan miliki 80 botol serbuk disyaki heroin
Wanita berusia 37 tahun itu ditahan pada 2.10 petang di sebuah kandang lembu di Kampung Lembah, Cherang Ruku.
Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin
Tertuduh, A Nathan, 48 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Sindiket dadah tumpas, lelaki ditahan bersama 20 bungkus heroin
Suspek direman selama enam hari bermula Selasa hingga 19 Mei bagi membantu siasatan.
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
Rumah nenek jadi stor dadah
Siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah itu sejak Disember lalu.