BANGKOK: Polis Thailand menyerbu pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian terbesar dan menahan 63 individu selepas beberapa siri operasi di Nakhon Si Thammarat, wilayah selatan Thailand pada Khamis.
Pembantu Komander Polis Lt Jen Polis Thatchai Pitaneelaboot yang ditugaskan untuk menggabungkan beberapa agensi dalam operasi bersepadu ini berkata menerusi siasatan proaktif yang dilaksanakan polis dengan kerjasama Pejabat Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Nasional (NBTC) dan Jabatan Siasatan Khas (DSI) membongkar pergerakan kumpulan pusat panggilan di wilayah itu.
Beliau berkata lokasi pertama pergerakan itu ialah di sebuah hotel di Daerah Kecil Chandi, Daerah Chawang, Nakhon Si Thammarat dan dua lagi lokasi adalah rumah-rumah di Daerah Chawang.
“Siasatan diluaskan ke sebuah gudang menjual barangan Jepun terpakai di Daerah Na Bon, Nakhon Si Thammarat di mana suspek dan lebih banyak bahan bukti ditemukan.
Penyiasatan itu juga mendapati terdapat hubungan bahawa tempat itu digunakan sebagai pangkalan untuk sebuah sindiket panggilan antarabangsa. Hasilnya 63 suspek diberkas dengan 12 daripadanya adalah rakyat Thailand dan 51 lagi warganegara dari negara lain,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata polis juga menyita barangan termasuk 223 komputer, telefon bimbit, 1,300 kad SIM keldai, 312 penghala dan 80 buku akaun bank.
Thatchai berkata siasatan awal mendapati kewujudan sindiket jenayah transnasional ini yang telah bertapak di wilayah selatan itu.
“Kumpulan ini dianggap sebuah organisasi jenayah berskala besar. Pada masa ini atase polis China dan Jepun turut serta menyiasat kegiatan organisasi jenayah ini,” katanya.
Nakhon Si Tammarat terletak kira-kira 610km ke selatan Bangkok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Siasatan awal mendapati kewujudan sindiket jenayah transnasional ini yang telah bertapak di wilayah selatan itu. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Krisis air Pulau Pinang | Huzz dalam kenangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Realiti bagi pelajar bukan Cina
Murid bukan Cina hari ini membentuk kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di sekolah rendah Cina di seluruh negara, termasuk Melayu, India, Orang Asli serta warga asing.
[TERKINI] Dua maut, 37 cedera dalam nahas jalan raya bas, treler
Dua termasuk seorang wanita maut selepas bas ekspres membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.
Bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu yang dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun.
Bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu yang dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun.
Warga emas diugut gambar bogel disebar, rugi lebih RM40,000
Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya.
Faizal Ismail guna platform media sosial beri motivasi tunai haji
Walaupun menyedari dirinya banyak kekurangan, FBI terus berdakwah ke arah kebaikan, berbekalkan sedikit ilmu.
Netanyahu nekad selamatkan lebih ramai tebusan
Netanyahu nekad akan membawa balik semua baki 120 tebusan yang masih dalam kawalan Hamas.
Pelapor Khas PBB label rendah moral negara yang raikan tebusan Israel
Negara meraikan kejayaan menyelamatkan tawanan tetapi tidak mengulas tentang ratusan rakyat Palestin yang terbunuh.
Ratusan maut dan cedera serangan dahsyat Israel di kem Al-Nuseirat
Demi menyelamatkan tawanan Israel, ratusan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Kem Pelarian Al-Nuseirat.
Fahami hikmah di sebalik ibadah haji - Ketua Pakar Rujuk TH
Rukun Islam kelima itu mampu menghasilkan kesan positif dan membentuk akhlak yang lebih baik jika individu memahami maksud di sebalik setiap rukun serta perkara wajib haji.
Perintah Kawalan Pergerakan: Perkhidmatan Talian Kasih 15999 beroperasi semula - Rina Harun
Datuk Seri Rina Harun berkata Talian Kasih 15999 dan Talian Whatsapp 019 2615999 akan terus beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Pusat panggilan judi dalam talian libatkan pertaruhan lebih RM3 juta lumpuh
Polis berjaya menahan 21 lelaki dan empat wanita warganegara China berusia dalam lingkungan 20 dan 40 tahun.