awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis: Tiada petunjuk baru kes kehilangan Satishkumar

Aizat Sharif
Aizat Sharif
28/01/2013
11:06 MYT
Polis: Tiada petunjuk baru kes kehilangan Satishkumar
Polis masih tidak mempunyai apa-apa petunjuk baru mengenai kes Satishkumar Tamilvanan, 5, kanak-kanak yang hilang di Pulau Pinang tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata "Sehingga kini, kita masih tidak mempunyai apa-apa perkembangan positif atau petunjuk baru yang boleh membawa kita kepada penemuan adik Satishkumar.".
Namun begitu, beliau berkata bahawa polis telah mengaktifkan talian Amaran Nur (15999) dan maklumat mengenai kanak-kanak itu hilang kini disebar seluruh negara.
Beliau kata pada awal kehilangan Satishkumar, polis ada menerima maklumat yang Satishkumar berada di Klang. “Namun apabila dikaji semula ternyata kesahihan maklumat amatlah diragukan," kata beliau.
Satishkumar hilang di Jalan Sama Gagah dekat Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 8 Ogos tahun lalu.
Beliau sebelum itu mengikuti bapanya V. Tamilvanan, seorang pemandu lori, dan datuknya S. Velmurugan untuk ke sebuah medan selera.
Sathishkumar telah diberikan wang oleh bapanya untuk membeli gula-gula dan dalam sekelip mata, budak itu terus hilang dan tidak kelihatan lagi semenjak itu.
Kali terakhir beliau dilihat memakai baju kuning dan seluar pendek hijau. Tinggi Satishkumar kira-kira 70cm dan beratnya 15kg.
Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Ehsan Abu Bakar 0122494002.
Topic Berkaitan
#hilang
#mazlan kesah
#satishkumar tamilvanan
#Talian Nur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan