awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tidak sertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 Pulau Pinang - KPN

Bernama
Bernama
24/08/2015
04:10 MYT
Polis tidak sertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 Pulau Pinang - KPN
KHALID : Selagi Pulau Pinang nak guna tema sendiri, polis tidak akan ikut serta (dalam sambutan) Hari Kebangsaan tahun ini. -Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri Pulau Pinang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.
"Selagi Pulau Pinang nak guna tema sendiri, polis tidak akan ikut serta (dalam sambutan) Hari Kebangsaan tahun ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Khalid berkata pihaknya hanya akan menyertai sambutan tersebut sekiranya kerajaan negeri itu menggunakan tema Hari Kebangsaan 2015 iaitu 'Sehati Sejiwa'.
Semalam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.
Susulan itu juga, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengarahkan semua sekolah di negeri itu supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan.
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
#pulau pinang
#Sehati Sejiwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan