MALAYSIA
Polis tidak terima notis tangkapan Dr Zakir Naik
Awal bulan ini, Interpol menarik semula notis merah ke atas Dr. Zakir yang dikemuka NIA. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia bukan sahaja belum menerima permohonan malah tidak mengetahui isi kandungan mengenai laporan pihak berkuasa India meminta untuk menahan penceramah bebas, Dr Zakir Naik.
Tegas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim setakat ini tiada permintaan diterima berhubung perkara berkenaan dan segala proses itu perlu mengikut prosedur ditetapkan undang undang antarabangsa.
“Pertama sekali saya tidak ada dokumen pun. Kalau pihak Polis India ada proses tertentu, saya kata proses ekstradisi ini mesti melalui pejabat Peguam Negara. Maka, pihak polis hanya laksanakan sahaja.
“Setakat ini kita pun tak tahu apa alasan. Kita belum tengok apa dokumen itu dan alasan yang pihak sana minta.
“Kita akan bantu kalau alasan itu selaras dengan undang-undang kita.
“Kita akan mempertimbangkan untuk ambil tindakan.
“Di peringkat ini, saya tak berani nak cakap. Kita tak tahu fakta dia,” ujar beliau.
Beberapa hari lepas, Agensi Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) dilaporkan akan menyerahkan permohonan penangkapan sementara Dr. Zakir, yang dipercayai berada di negara ini.
Awal bulan ini, Interpol menarik semula notis merah ke atas Dr. Zakir yang dikemuka NIA.
Permohonan itu ditolak kerana ia tidak lengkap dan tidak memfailkan sebarang kertas pertuduhan terhadap Dr. Zakir.