[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
MALAYSIA

Polis tidak tolak kemungkinan akan panggil The Edge, Sarawak Report

Haider Yutim 29/06/2015 | 07:28 MYT
KHALID: Polis akan memanggil sesiapa pun jika timbul keperluan untuk berbuat demikian.
Polis akan memanggil akhbar The Edge dan portal Sarawak Report untuk soal siasat jika ada keperluan untuk berbuat demikian, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Jika ada keperluan, kita akan panggil untuk soal siasat. Malah, jika ada keperluan kita akan panggil sesiapa pun," kata beliau pada sidang media selepas pelancaran pameran GPEC Asia 2015 hari ini.
Rabu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran keras kepada pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong kerana didakwa menyiarkan berita yang tidak betul.
Katanya, akhbar tersebut dan pemiliknya perlu bertanggungjawab kerana menyiarkan laporan tidak tepat dan menyampaikan maklumat palsu.
Menurut Ahmad Zahid, The Edge perlu mengesahkan fakta-faktanya terlebih dahulu sebelum menerbitkan artikel-artikel mereka.
Kata beliau, Sarawak Report juga telah dijadikan sumber sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan tidak berasas terhadap syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tambahnya lagi, maklumat yang palsu itu kemudiannya digunakan oleh The Edge dan media lain sebagai sumber untuk laporan mereka.
#Khalid Abu Bakar #PDRM #polis #Sarawak Report #the edge