MALAYSIA
Polis tingkat kawalan keselamatan Rafizi, keluarga
Shazeli (tengah) mengesahkan kawalan keselamatan terhadap Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarganya, namun enggan mendedahkan butiran lanjut atas faktor keselamatan. -Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan kawalan keselamatan terhadap Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarganya susulan serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi itu, Rabu lalu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan langkah tersebut namun enggan mendedahkan butiran lanjut atas faktor keselamatan.
“Ada, tetapi saya tidak boleh didedahkanlah nanti orang tahu sekuriti itu buat apa.
“Itu di bawah kawalan pihak polis,” kata Shazeli pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pada Khamis.
Shazeli dalam pada itu berkata kejadian berlaku di kawasan menurun dan mengambil penumpang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Terdahulu, Rafizi dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan anaknya yang berusia 12 tahun itu telah diserang dengan cara diheret dan disuntik jarum suntikan di pusat beli-belah berkenaan sekitar jam 2 petang.
Suspek yang masih belum dikenal pasti dipercayai dua lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi keledar yang menutup muka sepenuhnya, dengan motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu
Mangsa yang disuntik di lengan kiri dilapor berada dalam keadaan stabil. Sampel darah juga telah diambil dan pihak hospital sedang menunggu laporan perubatan.
Ringkasan AI
- PDRM meningkatkan kawalan keselamatan terhadap Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarganya selepas anak beliau diserang di pusat beli-belah Putrajaya oleh dua lelaki bertopi keledar dan berpakaian hitam.
- Mangsa berusia 12 tahun diheret dan disuntik di lengan kiri, kini dalam keadaan stabil, dan sampel darah telah diambil untuk analisis lanjut.
- Suspek dipercayai menggunakan nombor pendaftaran motosikal palsu, dan siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa.