awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis trafik pandu lawan arus, di bawah pengaruh alkohol ditahan

Bernama
Bernama
23/12/2020
08:52 MYT
Polis trafik pandu lawan arus, di bawah pengaruh alkohol ditahan
Seorang anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya dengan melawan arus selain disyaki berada di bawah pengaruh alkohol. - Foto: Media sosial
JOHOR BAHRU:Seorang anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya dengan melawan arus selain disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian pada 12.30 tengah malam Rabu.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ia susulan pihaknya menerima satu rakaman video berkaitan sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya menyongsang arus di Jalan Lingkaran Dalam di sini.
Katanya, bertindak atas makluman sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Bahru Selatan telah berjaya menahan pemandu berkenaan yang merupakan anggota polis lelaki berumur 25 tahun di sebuah stesen minyak.
"Hasil siasatan kita dapati anggota polis terbabit dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ini tidak bertugas ketika kejadian dan menggunakan kenderaan persendirian.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak lebih daripada RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih lima tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ayob Khan berkata bagi kesalahan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula, denda tidak lebih RM30,000 dan penjara dua tahun serta hilang kelayakan memandu tidak kurang dua tahun boleh dikenakan jika sabit kesalahan.
Jelasnya lagi, polis Johor juga akan memastikan bahawa siasatan dijalankan dengan telus dan suspek akan dituduh di mahkamah.
"Polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai dan anggotanya yang melanggar undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis trafik
#pandu lawan arus
#bawah pengaruh alkohol
#polis johor
#jalan lingkaran dalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan