MALAYSIA
Polis tumpas "Geng Budak Sekolah", kanak-kanak 12 tahun kendali laman web seksual
Saifuddin Nasution berkata laman web itu dikendalikan bersama empat rakannya malah mereka mempunyai satu kumpulan WhatsApp yang terdiri 762 ahli.
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu kumpulan dikenali sebagai "Geng Budak Sekolah" yang terlibat dalam jenayah seksual melalui laman web, termasuk membabitkan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Ringkasan AI
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata laman web itu dikendalikan bersama empat rakannya malah mereka mempunyai satu kumpulan WhatsApp yang terdiri 762 ahli.
"Masing-masing ambil gambar bahagian tubuh masing-masing, kemudian jual. Dia berhenti sekolah sebab pendapatan jauh lebih tinggi daripada ibu bapanya," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PN-Jerai) mengenai sejauh mana Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan penyeragaman dengan kementerian lain untuk menangani isu aktiviti seksual bebas di negara ini.
Saifuddin Nasution berkata dalam kes berkenaan, KDN perlu melaksanakan penguatkuasaan mengikut undang-undang berkaitan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selain mendapatkan pandangan daripada pelbagai agensi yang lain.
"Swinger digempur di bawah D7 (Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme Polis Diraja Malaysia) tetapi kes kanak-kanak sekolah di bawah D11 (Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Bukit Aman," katanya.
Mengenai jenayah swinger, iaitu individu atau pasangan yang bertukar pasangan suka sama suka untuk aktiviti seksual, Saifuddin Nasution berkata terdapat lima peruntukan undang-undang sedia ada bagi tindakan terhadap kes jenayah berkenaan.
Ia terdiri Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Penapisan Filem 2002 dan enakmen syariah negeri-negeri bagi pelaksanaan penguatkuasaan bersama antara polis dan pihak berkuasa negeri.
Beliau berkata melalui pengintipan oleh D7 pada Ogos 2024, unit berkenaan berjaya mengesan laman web yang mempromosikan aktiviti swinger dan menyerbu sebuah kondominium mewah di ibu negara.
"Hasil serbuan itu, pelajar universiti awam dan swasta, penjawat awam serta warga asing telah ditahan, kemudian kes dibuka di bawah Kanun Keseksaan," katanya sambil menambah kes ini masih dalam perbicaraan di mahkamah.
Saifuddin Nasution menjawab soalan asal Sabri yang ingin tahu tindakan KDN dalam menangani jenayah swinger yang melibatkan penjawat awam dan pelajar universiti, selain sama ada peruntukan undang-undang sedia ada berjaya untuk membanteras jenayah seksual dalam talian.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis menumpaskan kumpulan -Geng Budak Sekolah- yang terlibat dalam jenayah seksual melalui laman web dan WhatsApp, termasuk kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menjual gambar tubuh sendiri.
- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution menjelaskan penguatkuasaan dilakukan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dengan siasatan dikendalikan oleh Bahagian D11 Bukit Aman.
- Dalam kes jenayah swinger, serbuan ke atas kondominium mewah berjaya menahan pelajar universiti, penjawat awam dan warga asing, dengan tindakan diambil di bawah lima undang-undang termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.