awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas 'Geng KTM' curi motosikal sejak 2013

Bernama
Bernama
09/09/2020
23:35 MYT
Polis tumpas 'Geng KTM' curi motosikal sejak 2013
Ismadi (tengah) menunjukkan barang rampasan pada sidang media berhubung kes kejayaan tangkapan kes curi motosikal dan pecah cermin kereta di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, 9 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Polis berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket curi motosikal jenama KTM yang aktif sejak 2013 dengan tertangkapnya lapan suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia dalam serbuan di tiga buah negeri, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata kesemua suspek berusia antara 29 hingga 42 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Menurutnya, polis turut menemukan semula lapan motosikal curi dianggarkan bernilai RM100,000 di tempat letak kenderaan di sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di Bukit Jalil.
“Hasil siasatan mendapati kumpulan berkenaan telah bergiat sejak tahun 2013 di sekitar Lembah Klang dan pernah mencuri kira-kira 100 buah motosikal,” katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.
Beliau berkata kumpulan itu menggunakan pelbagai modus operandi termasuk kadangkala menggunakan gari dan pistol palsu untuk menyamar sebagai anggota pihak berkuasa.
"Sasaran utama mereka adalah motosikal jenis KTM yang akan dileraikan sebelum menjual komponen motosikal sebagai alat ganti kerana komponen itu agak mahal,” katanya.
Selain mencuri motosikal, kumpulan itu juga menjalankan kegiatan memecah cermin kenderaan untuk mencuri gajet yang ditinggalkan mangsa di dalam kenderaan.
Ismadi berkata tujuh daripada lapan suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan curi kenderaan dengan salah seorang daripadanya masih dalam perintah pengawasan.
“Dalam operasi ini, polis merampas tiga buah basikal, pelbagai peralatan curi motosikal dan pecah cermin kereta serta komponen motosikal yang telah dileraikan,” katanya sambil menambah kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Jalil
#curi
#curi kenderaan
#gari
#Geng KTM
#Ismadi Borhan
#komponen motosikal
#KTM
#Lembah Klang
#menyamar
#motosikal
#palsu
#pecah cermin kenderaan
#pistol
#polis
#PPR
#rampasan
#rekod jenayah lampau
#Serdang
#siasatan
#sindiket
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan