KOTA KINABALU: Polis menumpaskan 'Geng Gurun' yang dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah dengan penahanan empat lelaki termasuk ketua kumpulan itu berusia 34 tahun, awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata lelaki yang berasal dari Gurun, Kedah itu, dibuang kerja kerana dadah dan beliau ditahan bersama suspek lain berumur dalam lingkungan 32 hingga 64 tahun dalam beberapa siri tangkapan sekitar sini.
Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan curi antaranya barang kemas, komputer riba, beg berjenama dan barangan berharga lain bernilai RM520,000.
Katanya, geng yang aktif sejak enam bulan lepas itu dipercayai terlibat dalam 19 kes pecah rumah di sini termasuk dua kes kecurian peti besi dan sepucuk pistol, serta beberapa kes pecah rumah di Tuaran, Kota Marudu dan Penampang.
"Modus operandi kumpulan itu adalah membuat pemerhatian terhadap rumah mewah di sekitar Kota Kinabalu yang dijadikan sasaran, apabila mereka yakin rumah itu tiada penghuni mereka akan masuk dengan melompat pagar dan membuka atau mengumpil pintu serta tingkap rumah.
"Barang berharga itu kemudian akan dilupuskan dengan dijual di kedai pajak gadai di Kota Kinabalu dan Kota Belud, selain dihantar kepada pembeli barangan curi di Ampang (Selangor)... kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Zaidi berkata enam lagi anggota geng berkenaan masih diburu, justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi pihak polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Polis menumpaskan 'Geng Gurun' yang dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah dengan penahanan empat lelaki termasuk ketua kumpulan itu berusia 34 tahun, awal bulan ini. - Foto Sinar Harian
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Polis tumpas kumpulan pecah rumah 'Geng Gurun'
Polis menumpaskan 'Geng Gurun' yang dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah dengan penahanan empat lelaki termasuk ketua kumpulan itu berusia 34 tahun, awal bulan ini.