awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas sindiket "Black Money" dan tahan dua warga asing

Bernama
Bernama
18/04/2014
02:26 MYT
Polis tumpas sindiket "Black Money" dan tahan dua warga asing
Polis menumpaskan satu sindiket "black money" dengan menahan seorang lelaki warga Afrika dan seorang wanita Filipina. -Foto BERNAMA
Polis menumpaskan satu sindiket "black money" dengan menahan seorang lelaki warga Afrika dan seorang wanita Filipina serta merampas wang palsu yang dianggarkan bernilai RM3.2 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany berkata, kedua suspek itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar ibu kota Selasa lepas.
Beliau berkata, lelaki Afrika berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini setelah pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita tempatan yang mencurigai tawaran yang diberikan oleh suspek itu.
"Pengadu mengenali suspek itu melalui Facebook sebelum bercadang untuk bertemu dengan membawa beberapa individu yang berminat dalam bidang pelaburan itu.
Susulan itu, polis menyerbu hotel tersebut sebelum merampas tiga keping not RM50 dan peralatan mencuci wang yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu," katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Penahanan lelaki itu, membawa polis ke sebuah apartment di Jalan Imbi, di sini dan menahan seorang wanita Filipina berusia 46 tahun serta merampas lima ikat wang kertas US$100, tiga ikat wang kertas RM50 yang disyaki palsu.
Tambahnya, pihaknya merampas tiga ikat kertas putih berukuran wang kertas RM50 dan wang kertas dolar Amerika yang belum disahkan ketulenannya.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai membuat semakan terlebih dahulu ke atas sebarang pelaburan yang ingin diceburi sebelum menjadi mangsa.
Topic Berkaitan
#ACP Izany Abdul Ghany
#black money
#polis
#wang palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan