MALAYSIA
Polis tumpas sindiket dadah 'Boy Lembu', 32kg ganja dirampas
ACP Abang Zainal Abidin berkata, berat keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan 32 kilogram (kg) dengan nilai rampasan berjumlah RM94,000. - Bernama
IPOH: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dikenali 'Boy Lembu' selepas tertangkapnya empat suspek termasuk warga asing dalam operasi khas di Pengkalan Utama, Lahat, di sini pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil maklumat dan risikan yang dijalankan selama dua minggu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah menahan kesemua suspek berusia antara 17 hingga 50 tahun, kira-kira 7 malam.
"Polis merampas 33 bungkusan plastik berisi ketulan mampat dedaun kering disyaki ganja di dalam sebuah lori usang berhampiran sebuah lombong yang ditinggalkan sejak empat tahun lepas yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan sementara dadah bagi mengelirukan pihak berkuasa.
"Berat keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan 32 kilogram (kg) dengan nilai rampasan berjumlah RM94,000," katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat IPD Ipoh, di sini hari ini.
Beliau berkata dadah yang dirampas dipercayai boleh membekalkan 42,000 penagih.
Abang Zainal Abidin berkata hasil ujian air kencing mendapati hanya suspek warga asing positif dadah jenis methamphetamine serta amfetamina, manakala suspek berusia 50 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
"Kita percaya sindiket ini mempunyai rangkaian lain yang dipercayai bergiat aktif di sekitar Ipoh sejak Januari tahun lepas," katanya.
Beliau berkata kesemua suspek direman selama lima hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menahan seorang lagi pengedar dadah berusia 37 tahun dalam serbuan berasingan di sebuah rumah di Tasek Square Residential, Kampung Tawas, di sini kira-kira 3.45 petang semalam.
"Hasil pemeriksaan di ruang bilik rumah sewa berkenaan menemukan tujuh paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 114 gram dengan nilai berjumlah RM13,680.
POLIS-DADAH 3 (AKHIR) IPOH
"Polis turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan untuk pengedaran dadah antaranya sebuah penimbang digital, botol kaca yang diubah suai serta bungkusan plastik kosong," katanya.
Abang Zainal Abidin berkata suspek yang tidak bekerja itu mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah serta positif dadah jenis methamphetamine.
Semua suspek direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B ADB 1952.
-- BERNAMA