awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: Kestabilan politik dorong keyakinan pengundi terhadap BN
Penyambungan silang rangkaian paip langkah mitigasi atasi masalah air di Papar
MTL: JAKOA peruntuk lebih RM146,000 bantuan bakul makanan di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas sindiket dadah dalam cecair vape bernilai RM1.48 juta

Bernama
Bernama
28/08/2025
09:30 MYT
Polis tumpas sindiket dadah dalam cecair vape bernilai RM1.48 juta
Fadil (tengah) menunjukkan barang rampasan pada sidang media di sini, hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dalam cecair rokok elektronik atau vape bernilai RM1.48 juta dalam tujuh serbuan di Lembah Klang.

Ringkasan AI
  • Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA dalam bentuk cecair vape bernilai RM1.48 juta melalui tujuh serbuan di Lembah Klang, dengan sembilan individu berumur 24 hingga 34 tahun ditahan termasuk seorang wanita warga Thailand.
  • Sindiket menggunakan kondominium mewah sebagai lokasi pemprosesan dan penyimpanan dadah serta mengedarkannya melalui penghantar, dengan rampasan melibatkan dadah seberat 3.5kg, 7.6 liter katrij dan 39 liter cecair MDMA, serta wang tunai RM1.5 juta dan barangan mewah.
  • Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, lima daripadanya direman tujuh hari manakala empat lagi tidak direman, dan ujian air kencing mendapati mereka negatif dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata dalam serbuan pada 22 Ogos, pihaknya telah menahan sembilan individu berumur 24 hingga 34 tahun, termasuk seorang wanita warga Thailand.
Beliau berkata siasatan mendapati sindiket terbabit menjadikan kondominium mewah yang mempunyai pagar dan pengawal keselamatan sebagai tempat memproses dan menyimpan dadah serta menggunakan penghantar untuk mengedar dadah terbabit di sekitar Lembah Klang.
"Hasil serbuan tersebut, kita berjaya merampas dadah jenis MDMA seberat 3.5 kilogram, 7.6 liter katrij MDMA dan botol cecair MDMA dianggarkan 39 liter.
"Kita percaya sindiket yang aktif sejak hujung tahun lepas itu mengedar dadah secara konvensional dan mempunyai sasaran pelanggan serta turut diedarkan di luar Lembah Klang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Fadil berkata siasatan mendapati katrij cecair vape yang dijual boleh mencecah RM100 hingga RM200 bagi setiap botol 15 mililiter.
Beliau berkata pihaknya turut merampas dan menyita pelbagai jenis kenderaan dan jam tangan mewah serta beg berjenama selain wang tunai RM1.5 juta.
Menurut Fadil, hasil ujian saringan air kencing mendapati semua individu ditahan negatif dadah, dan kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
Beliau berkata lima suspek direman tujuh hari hingga esok manakala reman terhadap empat individu lagi ditolak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket dadah
#vape
#Fadil Marsus
#Ketua Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan