awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta

Bernama
Bernama
07/04/2024
11:43 MYT
Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta
Ketua Polis Johor CP M.Kumar bersama para anggotanya menunjukkan gambar suspek yang ditahan bersama pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam pada sidang media hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah dengan penahanan tiga individu serta merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM2 juta di sekitar bandar raya ini dan Seri Alam, di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Johor CP M. Kumar berkata dua lelaki tempatan berusia 32 dan 51 tahun serta seorang wanita warga asing berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah rumah teres di bandar raya ini pada 1.30 tengah hari.
Beliau berkata berdasarkan maklumat daripada seorang individu yang ditahan itu, polis menemukan 13.6 kilogram serbuk esktasi yang diletakkan di dalam 345 peket dan tiga bekas, 27 pil ekstasi, 1.20 gram ketamin dan 24.7 gram syabu di sebuah rumah teres di Seri Alam.
"Dadah itu dipercayai diperoleh dari negeri berdekatan dan diubah suai atau diproses menjadi jus, serta kemudian dijual pada harga lebih RM200 bagi satu peket di pasaran tempatan terutama di pusat hiburan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak awal tahun ini dan menjadikan rumah teres yang disewa di Seri Alam itu sebagai stor penyimpanan dan tempat pembungkusan semula dadah.
Kumar berkata ketiga-tiga individu itu didapati positif terhadap Methamphetamine manakala dua daripadanya memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Beliau berkata pihaknya sedang giat mengenal pasti individu lain yang dipercayai terlibat dalam sindiket itu.
Kesemua yang ditahan, katanya direman seminggu hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#edar dadah
#Seri Alam
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan