awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans

Bernama
Bernama
16/02/2024
10:15 MYT
Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (dua, kanan) ketika sidang media mingguan di Menara KPJ Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran, susulan penahanan sembilan individu termasuk tiga wanita dalam serbuan di Selangor dan ibu negara, Selasa lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 42 tahun dipercayai berperanan sebagai keldai akaun dan pemilik syarikat yang digunakan dalam penipuan itu.
Beliau berkata siasatan awal mendapati keldai akaun yang ditahan ini menerima bayaran antara RM300 hingga RM400 untuk sindiket menggunakan akaun bank mereka.
"Ekoran penahanan itu, polis percaya telah berjaya menyelesaikan 61 kes penipuan oleh sindiket ini yang melibatkan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM28.92 juta," katanya dalam sidang media mingguan JSJK di sini hari ini.
Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut merampas 11 telefon bimbit, sembilan kad pengeluaran wang (ATM), serta wang tunai berjumlah RM377.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#panggilan telefon
#menyamar
#pegawai insurans
#JSJK Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan